Khamis, 3 Mei 2012

Kaedah P&P Geografi

Pertukaran Ketua Panitia Geografi SDAR

Terima kasih kepada semua ahli panitia kerana sudi membantu selama saya berada di SDAR. Untuk makluman semua saya telah menerima surat pertukaran ke SM Sains Batu Pahat mulai 1 April 2012. Para sahabat diharap meneruskan perjuangan kalian di SDAR. Terus aktifkan blog ini.

Jumaat, 2 Mac 2012

SUBJEK GEOGRAFI DAN KEPENTINGANNYA DI MALAYSIA

Salam persaudaraan! Setelah lama kita menggunakan sukatan pelajaran geografi sehingga kini kita masih lagi menanti apakah dan bagaimanakah sukatan pelajaran geografi akan berubah seperti mana mata pelajaran sejarah. Kita juga masih lagi ternanti-nanti ke arah manakah dan selama manakah mata pelajaran ini akan dipertahankan.

Amat sukar untuk diterima kerana mata pelajaran ini semakin terpinggir dalam arus perkembangan kurikulum pendidikan negara. Di manakah silapnya kita sehingga mata pelajaran ini makin terpinggir? Bagaimanakah ia boleh terjadi? Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan ia terus hidup? Semua persoalan tersebut adakah mudah untuk dijawab dan siapakah yang perlu menjawabnya? Saya merupakan guru yang masih baru dan ternanti-nanti guru-guru senior geografi untuk bertindak.

Sebagai salah seorang guru geografi baru saya sudah pasti akan menyokong segala tindakan atau perancangan yang akan dibuat oleh guru-guru geografi senior. Sepanjang 9 tahun mengajar di sekolah menengah, saya dapati ada beberapa kekurangan bagi panitia atau sekolah yang menjadi tonggak atau pengerusi mata pelajaran geografi sama ada di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, guru-guru geografi bergerak secara bersendirian. Tiada lagi dipanggil bermesyuarat sesama guru geografi di peringkat daerah apatah lagi di peringkat negeri. Tiada lagi aktiviti peringkat daerah ataupun di peringkat negeri dianjurkan. Mengapakah ia terjadi? Salah satu jawapan yang saya temui ialah ada pihak pentadbir sekolah yang memandang rendah terhadap subjek ini, walhal ia juga menyumbang 'A' dalam PMR. Malah ada juga sesetengah sekolah dalam kategori kluster ataupun SBT tidak memperuntukkan bajet untuk subjek ini.

Mengikut pengalaman saya sendiri, begitu sukar untuk mendapatkan khidmat nasihat guru-guru geografi senior atau guru cemerlang geografi. Mungkin juga ada yang mengatakan bahawa walaupun mereka guru cemerlang tetapi mereka juga diberikan banyak tugasan sehinggakan tiada waktu untuk menyediakan program bimbingan terhadap guru-guru junior.

Adalah menjadi harapan segala perseoalan ini akan dapat dijawab dan semoga mata pelajaran ini akan kekal relevan dalam kurikulum negara. Adakah kita guru-guru geografi yang bersalah?


Selasa, 24 Januari 2012

UJIAN BULAN MAC GEOGRAFI 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR!

Ujian bulan Mac tahun 2012 akan merangkumi topik berikut:

Tingkatan 1, 2 dan 3 = SEMUA TOPIK BAHAGIAN A (KEMAHIRAN GEOGRAFI)

60 soalan objektif aneka pilihan A, B, C, dan D.

Harap bersedia!!

Isnin, 26 Disember 2011

PMR 2011

PMR 2011 - keputusan rasmi

Tahniah diucapkan kepada calon PMR SDAR 2011 kerana berjaya dengan cemerlang bagi subjek geografi. Daripada 111 calon, hanya 4 orang mendapat gred B berbanding yang lain mendapat gred A. Semoga di tahun 2012, 100% calon akan mencapai gred A.

Rabu, 3 Ogos 2011

ATMOSFERA KITA


ATMOSFERA ialah lapisan gas yang menyelaputi bumi. Ia kekal dan stabil di sekeliling bumi kerana graviti. Ia mepunyai ketebalan 100km. Walaupun ia nampak agak tebal, namun jika dibandingkan dengan ketebalan bumi iaitu 6,400km, nisbahnya adalah sama seperti buah pic dan kulitnya.




Atmosfera lebih dikenali sebagai udara adalah campuran pelbagai jenis gas, partikel pepejal dan wap air. Udara mempunyai ketumpatan yang tinggi di paras permukaan bumi yang kita tinggal tetapi ketumpatannya menjadi semakin rendah apabila semakin bergerak tinggi ke atas atmosfera. Planet-planet lain juga mempunyai atmoosfera tetapi setakat yang diketahui tiada yang mampu menampung kehidupan

Khamis, 28 Julai 2011

MAKLUMAN TOPIK YANG AKAN DISOAL UNTUK UJIAN OGOS 2011 SDAR

TINGKATAN 1:
a) Bab 1 hingga Bab 11 Tingkatan 1
b) 50 soalan sahaja
c) 1 jam

Tingkatan 2:
a) Bab 1 hingga Bab 13 Tingkatan 1
b) Bab 1 - Bab 13 Tingkatan 2
c) 50 soalan
d) 1 jam sahaja

Tingkatan 3:
a) Soalan selaras JPNS
b) 60 soalan
c) 75 minit

dan

d) Soalan selaras SBP
e) 60 soalan
c) 75 minit.

Selamat mengulangkaji!

Selasa, 26 Julai 2011

environment friendly practices at school

a) Better rely on natural lighting and leave windows open. Switch off the lights and fans which are not in use.

b)Plant trees to beautify the school compound. Trees absorb C02 and release O2 into the atmosphere.

c)Use handkerchief instead of tissue papaer to reduce waste and save energy

d)Keep the school compound clean by using the litter bins and let the habit grow in our community.

e) Switch to solar powered calculators

f)Ensure the tap is properly turned off. A running tap can waste up to 9 liters of water per minute.

g)Use ordinary paper clips instead of colour paper clips which couse cadmium poisoning

h)Walk or cycle to school to reduce pollutants emitted from motor vehicles

i)Buy your writing materials made of recycled paper. This helps to reduce the of trees cut to produce paper

j)Use the recycle bins. Sort out your waste like paper, cans and glass or plastic bottles

k)Reduce waste generation by using fountain pen and merhanical pencil.

l)Bring your own food to school. It is healthier, cost saving and cleanliness is unsured

...Jabatan Alam Sekitar Malaysia

Isnin, 4 Julai 2011

SDAR DI TANGGA KE-7 MALAYSIA

Tahniah! SDAR berjaya memperbaiki kedudukannya (Dlm pencapaian NKRA) daripada tangga ke-14 tahun 2010 kepada tangga ke-7 di peringkat nasional. Teruskan berusaha semoga lebih berjaya

Khamis, 30 Jun 2011

SALAM...

terima kasih kepada pembaca budiman! Blog ini akan kembali diupdate mulai minggu hadapana. Harap bersabar..

Beri undi anda berkaitan kepentingan subjek geografi dalam kehidupan individu?

alam kita.........

Geo@FREEDBACK

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.