Jumaat, 2 Mac 2012

SUBJEK GEOGRAFI DAN KEPENTINGANNYA DI MALAYSIA

Salam persaudaraan! Setelah lama kita menggunakan sukatan pelajaran geografi sehingga kini kita masih lagi menanti apakah dan bagaimanakah sukatan pelajaran geografi akan berubah seperti mana mata pelajaran sejarah. Kita juga masih lagi ternanti-nanti ke arah manakah dan selama manakah mata pelajaran ini akan dipertahankan.

Amat sukar untuk diterima kerana mata pelajaran ini semakin terpinggir dalam arus perkembangan kurikulum pendidikan negara. Di manakah silapnya kita sehingga mata pelajaran ini makin terpinggir? Bagaimanakah ia boleh terjadi? Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan ia terus hidup? Semua persoalan tersebut adakah mudah untuk dijawab dan siapakah yang perlu menjawabnya? Saya merupakan guru yang masih baru dan ternanti-nanti guru-guru senior geografi untuk bertindak.

Sebagai salah seorang guru geografi baru saya sudah pasti akan menyokong segala tindakan atau perancangan yang akan dibuat oleh guru-guru geografi senior. Sepanjang 9 tahun mengajar di sekolah menengah, saya dapati ada beberapa kekurangan bagi panitia atau sekolah yang menjadi tonggak atau pengerusi mata pelajaran geografi sama ada di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, guru-guru geografi bergerak secara bersendirian. Tiada lagi dipanggil bermesyuarat sesama guru geografi di peringkat daerah apatah lagi di peringkat negeri. Tiada lagi aktiviti peringkat daerah ataupun di peringkat negeri dianjurkan. Mengapakah ia terjadi? Salah satu jawapan yang saya temui ialah ada pihak pentadbir sekolah yang memandang rendah terhadap subjek ini, walhal ia juga menyumbang 'A' dalam PMR. Malah ada juga sesetengah sekolah dalam kategori kluster ataupun SBT tidak memperuntukkan bajet untuk subjek ini.

Mengikut pengalaman saya sendiri, begitu sukar untuk mendapatkan khidmat nasihat guru-guru geografi senior atau guru cemerlang geografi. Mungkin juga ada yang mengatakan bahawa walaupun mereka guru cemerlang tetapi mereka juga diberikan banyak tugasan sehinggakan tiada waktu untuk menyediakan program bimbingan terhadap guru-guru junior.

Adalah menjadi harapan segala perseoalan ini akan dapat dijawab dan semoga mata pelajaran ini akan kekal relevan dalam kurikulum negara. Adakah kita guru-guru geografi yang bersalah?


2 ulasan:

  1. saya pelajar ijazah pendidikan dalam sains sosial yg merangkumi dua subjek iaitu sejarah dan geografi. saya mengalami sedikit dilema untuk memilih major saya ant sej atau geografi.. minat lebih kpd geografi namun, kerisauan kekangan peluang pekerjaan suatu hari ini (market) . . walaupun saya meminati subjek geo, namun subjek sejarah saya selalu mendapat markah yang lebih tinggi. bantu saya. tq :)

    BalasPadam
  2. Guru geog sgt kurang dan subjek yg sgt menarik untuk diajar jika tahu caranya

    BalasPadam

Beri undi anda berkaitan kepentingan subjek geografi dalam kehidupan individu?

alam kita.........

Geo@FREEDBACK

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.