Selasa, 22 Mac 2011

22 MAC - HARI AIR SEDUNIA!

Salam,

Marilah kita meraikan Hari Air Sedunia yang jatuh pada hari ini dengan langkah berjimat-cermat menggunakan air. Air adalah sumber yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Sungguhpun air merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan wujud dalam kuantiti yang banyak, kita tidak boleh menggunakannya secara membazir. Ini kerana, hampir di seluruh bumi mengalami pembangunan dengan pelbagai projek sama ada petempatan, pembalakan dan perindustrian. Maka, ia telah menyebabkan sumber alam ini terjejas dan tercemar.

Di Malaysia, kewujudan sungai yang banyak dengan isipadu air yang tinggi dan deras membolehkan sumber tersebut digunakan untuk menjana kuasa elektrik hidro. Banyak empangan telah dibina seperti yang terkini Empangan Bakun di Sawarak. Jepun juga memperolehi air dari sungai dan lain-lain. Menurut Abd Rahim Md Noor (2007), terdapat 13 sungai utama yang membekalkan air di keseluruhan negara matahari terbit itu.

Persoalannya, bagaimanakah mereka menggunakan sumber tersebut dengan optimum dan dalam pada masa yang sama mereka memelihara sungai? Di Jepun, air digunakan di kilang, bangunan, rumah, sektor pertanian, penternakan dan lain-lain. Sisa air digunakan sebagai penyejuk mesin melalui cara mengitar dan menggunakan semula oleh sesebuah kilang. Ia merupakan satu langkah yang bijak dan menjimatkan!.

Contoh-contoh penggunaan air secara pengurusan terancang di Jepun adalah seperti berikut:

a) Pengurusan lembangan sungai secara bersepadu
b) Mengitar semula air sisa industri dan diguna semula
c) Membangunkan teknologi merawat air
d) Menggunakan kaedah pembentungan dan sanitasi berkos murah
e) Merawat sisa air rumah setempat
f) Menambah baik sistem kawalan banjir
g) R&D berkaitan penyahgaraman air laut

Selain itu, Jepun juga mewajibkan semua pengguna air bagi perindustrian untuk merawat sisa air yang mereka hasilkan sebelum dibuang ke sungai. Kira-kira 63.3 billion meter padu air telah digunakan dalam tempoh setahun. Kira-kira 48.3 billion meter padu air tersebut telah dikitar semula.

Bagaimana pula di Malaysia? Sejak tahun 1978, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang mengenai pengurusan air seperti Akta Kualiti Alam Sekitar di bawah Program Pengawasan Kualiti Air Sungai Tahunan. Walau bagaimanapun, sikap individu amat penting. Kesedaran yang tinggi dapat menjamin sumber air di Malaysia agar dapat digunakan dengan sebaik mungkin agar dapat diwarisi untuk generasi akan datang.

SELAMAT HARI AIR SEDUNIA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Beri undi anda berkaitan kepentingan subjek geografi dalam kehidupan individu?

alam kita.........

Geo@FREEDBACK

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.