Selasa, 8 Mac 2011

Mentadbir Sungai Kita

Pengurusan Sungai


Sungai adalah mana-mana anak sungai semula jadi yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing (Ensiklopedia Britannica). Punca sebatang sungai mungkin dari sebuah tasik, mata air, atau gabungan beberapa sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai hulu sungai. Dari hulu,sungai mengalir menuruni bukit, dan lazimnya berakhir di laut

Dalam beberapa kes sungai mungkin mengalir ke dalam tanah atau mengering sepenuhnya sebelum sampai ke badan air yang lain. Sungai adalah komponen kitaran air. Hujan mengalir masuk ke dalam sungai seterusnya ke dalam laut. Cabang-cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai tributari. Kebiasaanya saluran yang besar dipanggil sungai,manakala saluran yang kecil dipanggil caruk, anak-anak sungai, rekahan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tiada garispanduan / rujukan /peraturan bagi menentukan definasi sebenar sungai. Di Malaysia, selain sungai, terdapat pelbagai istilah yang merujuk kepada sungai; alor (Kelantan), carok (Kedah) , parit (Johor) , batang (Sarawak) dan terusan.

Secara umumnya, sungai-sungai di Malaysia bermula dari hujan, air sungai umumnya berpunca dari air larian permukaan, air bawah tanah yang mengalir semula ke dalam saluran sungai (semasa musim kemarau) dan pelepasan air dari takungan air semula jadi atau buatan , seperti tanah bencah, kolam atau tasik. Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik. Apabila sungai mengalir ke kawasan tanah rendah, sungai akan berkelok dan berliku dengan menghakis tebing sungai.

Tasik ladam terjadi apabila aliran air sungai tidak melalui liku dan menjadikan saluran sungai lebih pendek. Jumlah enapan yang besar di dalam sesuatu aliran sungai akan membentuk delta yang kompleks di muara sungai.


Definisi Sungai

Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).



Definisi Lembangan Sungai

Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water framework Directive 2000).



Peranan Sungai

Sungai berperanan sebagai sumber air, sebagai sumber makanan, untuk tujuan pengangkutan, sebagai benteng pertahanan dan juga sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan mesin/jentera (Janakuasa hidroelektrik). Sungai telah digunakan bagi aktiviti pelayaran semenjak beribu tahun yg lalu.

Pengangkutan Air menyediakan kemudahan pengangkutan yang paling murah dan masih diamalkan secara meluas di Negeri Sarawak dan Sabah. Di kawasan hutan, aktiviti pembalakan menggunakan sungai untuk menghanyutkan kayu balak dari hulu ke pusat pemprosesan selanjutnya. Kaedah semulajadi ini banyak membantu menjimatkan tenaga kerja dan kos pengangkutan. Sungai juga membekalkan sumber makanan sejak zaman pra sejarah. Ianyakaya dengan sumber hidupan yang lain seperti ikan udang, kerang dan ketam, secara tidak langsung sungai juga berperanan membekalkan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Sungai dapat mengekalkan kitaran rantaian makanan secara semulajadi. Sungai merupakan sumber utama air bersih. Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan bandar-bandar utama dan pekan-pekan berkembang di persisir sungai. Malangnya, sungai telah dicemari dengan pembuangan sisa-sisa pelupusan serta kegiatan penggambilan pasir dan batu kelikir bagi tujuan pembinaan. Sungai seharusnya digunakan bukan sebagai tempat pembuangan sampah dan sisa pelupusan sebaliknya sungai dan persekitaran perlu dipelihara dan diperindahkan sebagai tempat rekreasi dan seterusnya dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti pelancongan.

Sumber mata pencarian
Janakuasa
Cara hidup
Rekreasi


Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu adalah satu proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah dan sumber-sumber berkaitan merentasi semua sektor di dalam sesebuah lembangan sungai. IRBM bertujuan untuk memaksimumkan faedah sosial ekonomi bagi sumber air secara mapan dan pada masa yang sama memelihara atau mengembalikan semula ekosistem semulajadi sumber air. (Terjemahan :[1] GWP, 2002)

Visi Pengurusan Sungai


IRBM merupakan subset daripada IWRM dan merupakan kaedah atau pendekatan yang berkesan untuk mencapai objektif IWRM berasaskan Lembangan Sungai . Dengan kata lain,IRBM bermaksud lembangan sungai yang diurus sebagai satu entiti dan bukannya secara berasingan oleh pihak pengurusan yang berbeza dan tiada kerjasama. IRMB adalah persediaan untuk menyatupadukan dan menyelaras dasar, program dan amalan. IRBM mengetengahkan isu air dan isu yang berkaitan dengan air. IRBM memerlukan keupayaan professional yang lebih baik dan penambahbaikan/peningkatan dari segi kewangan, perundangan, pengurusan dan keupayaan politik.

Prinsip Amalan Terbaik IRBM

Prinsip-prinsip IRBM ( Projek Peningkatan Alam Sekitar dan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang 2003)

Faktor-faktor Kejayaan Kritikal bagi Pengurusan Lembangan Sungai


Faktor-faktor Kejayaan Kritikal IRBM ( Projek Peningkatan Alam Sekitar dan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang 2003)

Program Satu Negeri Satu Sungai

Program Satu Negeri Satu Sungai telah dilancarkan pada 2002 dengan objektif-objektif berikut :

• Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang 2015;

• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi;

• Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi; dan

• Untuk mengekalkan nilai aset sungai.

Program ini merupakan perjanjian bersama Kerajaan Negeri dimana setiap negeri perlu memilih satu sungai yang tercemar untuk dipulihkan. Program pemulihan ini dillaksanakan dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun melalui program-program jangka pendek berikut :

• Rangka kerja untuk program pemulihan di kawasan hulu sungai, pertengahan sungai dan di kawasan hilir sungai.

• Menghalang sampah daripada masuk kedalam sungai dangan pemasangan perangkap sampah di punca;

• Penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh pihak berkuasa tempatan bagi semua pembangunan tanah;

• Penguatkuasaan Sistem Rawatan oleh pihak berkuasa tempatan seperti penggunaan ‘Food, Oil & Grease’ (FOG) and Gross Pollutant Trap (GPT) untuk gerai-gerai makanan, pasar dan aktiviti-aktiviti lain yang menyumbang kepada pencemaran sungai;

• Penempatan semula setinggan dan pemindahan ke tampat yang lebih sesuai bagi aktiviti-aktiviti di tepi sungai yang menyebabkan pencemaran;

• Mewartakan Sungai dan rizab sungai dan dijadikan sebagai zon riparian untuk pelbagai habitat bergantung kepada jenis gunatanah di sekitar sungai (seperti kawasan Bandar, luar Bandar dan kawasan tadahan air;

• Mempromosi dan menggalakkan sector swasta untuk mengamalkan Amalan Pengurusan Terbaik (BPMs) bagi semua jenis pembangunan seperti menyediakan “Pelan Pengawalan hakisan dan Kelodak “(ESCP) untuk mengawal hakisan dan kelodak; dan

• Memperketatkan syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-undang pengambilan pasir seperti keperluan mandatori bagi menyediakan perangkap lumpur untuk mengawal bahan kelodak terampai.

Strategi pelaksanaan utama adalah langkah pencegahan, langkah merawat serta pengurusan, dan beberapa jawatankuasai yang melibatkan semua pelanggan (stakeholders) telah ditubuhkan untuk mencapai visi sungai yang bersih.


Ubahsuai dari web Jabatan Pengairan & Saliran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Beri undi anda berkaitan kepentingan subjek geografi dalam kehidupan individu?

alam kita.........

Geo@FREEDBACK

Name:
Email Address:

Click here to create your own form.